kau tak pernah tahu

Di kala kefuturan melanda, ada akhawat yang saling mengingatkan.
jazakillah ukhti, anda banyak bagi kesan dalam hidup akak.

sukar. sangat sukar. tersangat sukar.
bila manusia di sekeliling tidak memahami.
hanya mengharapkan kita memberi yang terbaik.

tanpa terlebih dahulu menilai betapa pedihnya mujahadah.
tanpa terlebih dahulu memahami, betapa sakit merubah diri.
tanpa terlebih dahulu mengetahui, betapa mengoyakkan diri , menyental diri,
merubah pegangan-pegangan utuh sejak kecil, itu pedih. perit.
yang kau lihat, hanya produk yang muncul.
dan masih, kau tidak menghargai produk itu kerana "belum cukup sempurna".

bukan sedikit hati yang tercalar, bukan sedikit hati yang luka parah.
banyak. banyak. banyak. dan banyak.
dan banyak antara luka-luka itu tidak pulih sepenuhnya.
jika pulih pun, masih ada calar balar yang teruk memburukkan kondisi hati itu.

Allah. hanya Allah yang tahu betapa peritnya mujahadah itu.
Allah, hanya DIA yang faham apa yang ada dalam hati itu.
Allah, sembuhkanlah luka-luka itu, hilangkanlah calar-balar itu.
jika terlalu buruk hati itu, maka kurniakanlah hati yang baru, ya Allah.

manusia, berlembutlah.
kerana kamu dan aku, kita tidak tahu apa yang telah manusia itu mujahadahkan.

mungkin bagimu perkara itu mudah,
tapi ketahuilah, ada manusia kehabisan tenaga melawan egonya, melawan "rebel" nya, menundukkan nafsunya untuk melakukan "perkara mudah" itu.

berlembutlah. tetapi jangan sekali mengabaikan.
carilah cara paling hikmah, bukan membiarkan dia terkapai.
fahamilah, atau sekurang-kurangnya cubalah untuk memahami.

bersyukurlah, kerana Allah kurniaankan nikmat padamu menyukai dan mencintai kebaikan.
bersyukurlah. bersyukurlah. panjatkan 1000000001 kesyukuran padanya setiap detik.

kerana kau tidak tahu, betapa ramai yang bermati-matian meminta dikurniakan perasaan itu.
kau tak pernah tahu.

"kebanyakan manusia lebih suka difahami dari memahami.
kebanyakan manusia lebih suka didengari daripada mendengar.
sedangkan mulut itu hanya satu dan telinga itu dua."

apa yang ana rasa tyme brkawan ngn akak..akak, da ana anggap cam kakak sdr.
for some reasons, ana blaja yg tak mungkin ana boleh judge someone unless ana pernah hidup ngn dia utk beberapa ketika.

~Jom usaha utk jd sahabat yg terbaik..
mcm mana Rasulullah, makin org mengnali baginda makin org trtawan dgn akhlaknya n makin sayang kan baginda..
bukan makin rimas dgn perangainya..

Syang akak fillah♥

jazakillah ukhti.

kalau merenung ke belakang, banyak perkara yang disayangi. tapi sampai bila ingin melihat ke belakang kan?
jom mara ke hadapan. lihat redha Allah di sana. semoga perasaan cinta dan sayang untuk gapai cinta Allah bersemi, berbunga indah dalam hati kita. ;)


Allah detikkan hati dengar lagu ni.
teringat darjah 6 sangat minat ust akhil hayy~

1 comment:

Anonymous said...

3:139