=D


“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling-mengunjungi kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad.

*******************************************************

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah (s) bersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitasnya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untukmenyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam al-Birr wash-Shillah no. 2567

***********************************************************

Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,
kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 544

No comments: