random.


melihat mereka gigih bekerja,

hati terdetik,

adakah Allah gantikan aku yang malas, suka bertangguh dan kerap memberi alasan ni dengan satu kaum yang lebih bersungguh menyahut seruan dan janji Dia?


******

melihat mereka yang semakin melayu dan berdolak-dalih,

hati tertanya,
adakah aku leka dan lalai dalam mendidik mereka?

******

semoga semua sangkaan di atas salah,
dan jika ia benar, semoga aku belajar darinya.

kiri- kanan, semua sedang bersungguh.
sila sedar dari "lena panjang" mu.




hidup


meminta atau dipinta
menerima atau diterima
menolak atau ditolak
meninggalkan atau ditinggalkan

semua lumrah hidup.


teringat kata-kata Dr Har,
bila kita plan something, tapi tak jadi, 
maka bergembiralah.
sebab Allah plan benda yang lagi best dari apa yang kita plan.

-tapi sangat perlu bersabar dan redha untuk tahu apa hikmahnya-



maka startla plan benda baru,
belajar dari pengalaman,
pengalaman diri dan orang lain.
^.^

*it's a lot more easier to smile than to cry*


* dalam proses mengenali personaliti diri sebagai seorang ENTP.
-bila baca je, keluar ayat,
"oh patutlaaa"
"rupanya ramai je orang camni"
"patutla aku tak boleh camni...patutla aku buat camni..."
ingatkan ada masalah, rupanya memang ada personaliti yang macam tuh.

apa-apa pon, bak kata cikgu atiqah hanifah

dalam nak menerima sesuatu, seseorang atau apa-apa pun,
kita kena TAHU dahulu,
FAHAM dahulu,
baru boleh TERIMA / TOLAK,
atau UBAH.

yang penting bersyukur.
atas kelebihan ,
dan kelemahan.

kalau diri sendiri pon tak kenal, 
macam mana nak kenal dan terima orang lain?







*selamat hari lahir*








Encik Mohd Salleh Akram.
64 tahun
9 Jun 1948
Muar, Johor
Married to Saidah binti Ridzuan
blessed with 5 kacak-men, and 3 comel-ladies.

abah, couldn't thank you enough.
semoga Allah pelihara abah selalu.

teringat atuk cakap pasal abah haritu,
"budak ni dah tua-tua pon merayau lagi."

(patutla dapat anak-anak suka merayau. =D )

"buruk atau paling buruk"

"mesir sekarang dalam keadaan antara TERUK dan PALING TERUK.

dan rakyat terpaksa memilih, sama ada mahu memilih yang

BURUK

atau 

PALING BURUK.."

apa-apa pun, saya akan undi Morsi. 
kalau Syafiq yang menang,
pasti akan ada "tsaurah" yang lebih besar daripada 25 jan."

cerita ustaz ahmad.

*************************************************

"memilih ahmad syafiq adalah seperti memilih untuk mengkhianati revolusi.
apa bezanya sang bekas presiden dengan anak murid didikannya?
maka sia-sialah segala usaha dan pengorbanan mereka selama ini."

ustaz terus bercerita.

"kebanyakan kroni - kroni kerajaan lepas bebas kerana tidak cukup bukti.
itu kerja syafiq.
dia yang bertanggungjawab membakar bangunan wizara' dakhili yang mengandungi bukti-bukti tersebut.
dan sudah pasti, apabila kerajaan jatuh, mereka telah melenyapkan semua bukti agar mereka terlepas dari tuduhan-tuduhan terhadap perbuatan jahat mereka."

"malah, pada waktu tsaurah dahulu, syafiq menjanjikan keamanan kepada mereka yang menyertai perhimpunan, namun dia memberi peluang untuk pihak tertentu mencederakan pendemonstrasi sehingga ramai yang terbunuh."


kata-katanya langsung tidak boleh dipercayai. 



الأفعال  .  ليس  الكلام 

mungkin sangat sesuai bagi dirinya,
kerana perbuatannya bertentangan sungguh dengan kata-katanya.

**********************************************


Kredibiliti memerintah

ustaz adalah antara golongan yang dahulu menyokong Ikhwanul Muslimeen dalam pilihanraya parlimen.
namun, pilihannya berubah apabila melihat tiada perubahan yang berlaku selepas IM menjadi golongan majoriti dalam parlimen.

"IM sangat berkemahiran dalam kerja amal jamaie, dan ketaatan kepada pemimpin. Tetapi kebolehan dan kredibilitinya dalam pemerintahan masih belum dibuktikan."

malah terlihat juga kekecewaan terhadap IM kerana masih tidak mampu membuat perubahan.
menyebabkan segelintir golongan lebih mudah memilih syafiq.

***********************************************

memegang tampuk pemerintahan bukan perkara mudah.
bagaimana dengan perancangan sekiranya menang?
sudah cukup bersedia dan berpengalamankah memerintah negara?
apabila kita lihat serata dunia, amat sukar untuk mendengar wujudnya kerajaan yang disayangi penduduk.
kerajaan mana yang tidak dijadikan bahan herdikan rakyat?

dari satu sudut, daulah islam yang ditadbir nabi s.a.w dahulu tidak sekompleks kerajaan sekarang.
dengan sistem cukainya, hubungan luar negara, sistem ekonominya, sistem pendidikannya etc.

dan kita, sudah punya cukup tenaga dan kemahirankah di situ?


walaupun semuanya nampak sukar, namun tak bermakna kita perlu berputus asa menuju ke situ.

kemenangan dalam pilihanraya itu hanya kunci untuk membuka pintu.
di sebalik pintu,  sangat banyak sampah-sarap yang perlu dibersihkan. bertimbun-timbun.
dan akan ada orang yang senantiasa menambahkan timbunan sampah tersebut.

maka kerja akan semakin bertambah banyak setelah berjaya naik tangga daulah.


2020 = NIC (new industrial country + new islamic country )



yang kita ingin lahirkan, bukan negara yang maju namun tiada "isi".
jasad yang moden namun ruhaninya hilang. bukan seperti amerika sekarang. tidak.
dan bukan juga sebaliknya.

kita kejar kedua-duanya. kemajuan duniawi dan kejayaan ukhrawi..


persoalannya, APA PERSEDIAAN KITA ?
di mana posisi kita?



********************************************


التربية  أساس كل  شيء

" Tarbiyah asas kepada segala-galanya "

kata-kata yang menyedarkan. 
bukan pertama kali dengar, tetapi pertama kali melihat orang yang benar-benar menghidupkannya.

tarbiyah asas segala-galanya.
proses berterusan sehingga mati.

namun masih ada ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam perkara lain yang perlu digilap.
jangan kecilkan skop.



* kelas nahu bersama ust ahmad.
*take hold of your future - Nouman Ali Khan
* perkongsian pengalaman bersama aktivis dari gaza.
* sembang-sembang bersama akhawat di La Tansa.
*jazakillah husna afifah! :)

p/s : i'm talking while others working. T___T
down gak tengok orang ramai dah laju ke hadapan.
it's never too late, though. ^.^  setiap nafas adalah nyawa yang baru.

jatuh sebelum berdiri.


kalaupun engkau tidak mampu menolong ketika jatuhku,
kalaupun engkau tidak dapat bersama, ketika sendirinya aku,
kalaupun engkau terus berlari, sedang aku di sini luka berdarah cuba berdiri,

kalaupun begitu mungkin situasinya engkau dan aku,
hanya satu pintaku.
ingat aku dalam doamu .



Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
sesuatu nikmat yang telah diberikan-NYA kepada sesuatu kaum, 
hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
 Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.



"langit takkan selamanya cerah, 
maka hargainya ketika dia terang bercahaya, 


dan bergembiralah ketika gelap - gelita, 
kerana cerah itu pasti menyapa semula."

=)




paling teruk yang kita boleh buat pun adalah doakan mereka..


Obsgyn, welcome aboard. ^.^ 
14 days to go!! 
go! go!go!