conteng!

contengan pelangi ^.^ ??


Apa yang telah kulukiskan?

Apa yang telah kuukirkan?

Apa yang telah kucontengkan?

dalam kanvas kehidupan mereka......


lukisan rama-rama =) ?



atau hanya garis-garis hitam, lengkungan-lengkungan tak sekata, bulatan mencapah yang tidak membina atau membentuk apa-apa ?

atau hanya comotan yang menghodohkan seindah-indah lukisan tercipta.?

T.T

~ maaf atas segala kelemahan dan ketidakmatangan. maaf yang teramat. ~

semoga kamu dan kamu menjadi rama-rama yang indah berterbangan menghias semesta,
bukti kebesaran Sang Pencipta.

sehingga setiap mata yang melihat, bertambah iman dan cintanya pada SI DIA.

semoga jika ada comotan dan goresanku yang memburukkan kanvasmu, dipadam dan dicantikkan semula orang sang pelukis lain.

dan kamu, mulakanlah lukisanmu. semoga DIA memandumu melukis sebaik-baik lukisan pernah tercipta.

^.^
*bismillahirrahmanirrahim*

Let's Move People!!!


warning : sungguh aku sayang kamu.

sayangku,
Dunia ini bukan tempat kita menuntut segala kemahuan kita dipenuhi.
belajarlah dari kekurangan dan kelemahan manusia.
jangan asyik pertikaikan betapa kitalah manusia paling kurang dikasihi dan diberi perhatian,
kerana realitinya, dunia penuh kekurangan, manusia penuh kelemahan.

mengapa perlu mendapat baru mahu memberi?
bukankah kau sendiri tahu hakikat dunia ini,
terlalu ramai orang yang menunggu untuk diberi, disuap dan dibelai,
sedangkan manusia yang sanggup berkorban dan memberi itu terlalu sedikit bilangannya?

kasihku,
belajarlah dari kekurangan-kekurangan itu.
supaya kau tidak berbuat perkara yang sama kepada orang lain.

kau sendiri tahu betapa peritnya terkapai-kapai,
pastikan tiada siapa lagi merasakan keperitan itu.

belajarlah mengharap dan meminta imbalan hanya dari Allah.
kerana itu sebaik-baik ganjaran yang boleh kau peroleh.
jangan terlalu lena berada di "zon selesa" mu,
kerana dunia sedang terbakar dengan api jahiliyah yang semakin marak.

ingatlah, kelak, kau akan disoal bersendirian,
"di mana amalmu sepanjang kau hidup di dunia?"
ketika itu, tiada guna kau menuding jari ke arah orang lain.

buang semua penghalang dan penghadang yang dicipta oleh mindamu,

"tak boleh..",

"tak pandai ini",

takde bakatlaaa...",

"dah memang Allah takdirkan kami camni....",

bukankah kita sama-sama mengimani,
untuk merubah dunia, titik permulaannya diri-sendiri?
dan Allah tidak akan merubah sesuatu kaum,
melainkan setelah dia sendiri berusaha sehabis upaya?

biarlah bagaimanapun hasilnya nanti,
kerana keputusan dan ketentuan, itu tugas Allah untuk menetapkan.
bukankah tugas kita hanya merancaang dan bekerja sehabis baik?

optimislah sepertimana optimisnya Rasulullah s.a.w.
"melihat" kunci-kunci negara Syam, Parsi dan Yaman, ketika umat islam serba kekurangan di perang khandaq.

optimislah seperti optimisnya Rasulullah s.a.w.
menjanjikan gelang raja Parsi kepada Suraqah sedangkan ketika itu baginda buruan dan pelarian.

wahai sayangku,
benarkah kita golongan yang sudah melaksanakan tugas dan kerja kita?
ataukah kita mengGELAR diri kita begitu?
mencanang dan menggembar-gemburkan kehebatan kita bak tin kosong yang lantang berbunyi?

proaktiflah, hidup ini hidupmu. mandat Allah padamu.
jangan selesa merasakan diri "mangsa keadaan".


-tegurlah dan ingatkan aku ketika perlu,aku yakin kau saudara seislamku-

Iman


"Iman yang sebenarnya tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya di dalam hati ,
melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan manusia semata-mata demi iman ini."

*melawan
= membenci kesesatan dan kejahilan mereka.
=bertekad mengalihkan mereka dari kesesatan kepada kebenaran.

Hazaddeen - sayyid qutb

FYP

simpan erat dalam kotak kenangan,
jangan sesekali dibuang.

pandang ke hadapan dan teruskan melangkah.
mungkin kau jatuh, mungkin juga tersungkur,
bangkitlah dan teruskan walau bertatih.

jangan terlalu lama termangu di persimpangan,
nanti kau tertinggal,resah sendiri,
sedangkan mereka sudah pecut berlari.

bolehkah kau jawab persoalanku?
jalan yang mana perlu kutuju?
berat hatiku, dipandu atau dibelai nafsu?


ramadhan

bintik-bintik hitam mula kelihatan,
masa-masa yang berlalu tanpa diisi dengan tanggungjawab yang tergalas semakin banyak dan pantas berlalu,
hati yang baru mula ingin merasa indahnya kehidupan disirami iman itu mulai gugur dan kekeringan,
harapan ramadhan yang menggunung semakin kelam dilitupi kabus tebal.

ALLAH..ALLAH..ALLAH..
hanya engkau sumber kekuatan.
tarbiyah kita bukan tarbiyah selang seli futur.
kenalpasti tanda-tanda berbahaya. agar lebih berhati-hati.

cukuplah kau bazirkan ramadhanmu tahun lepas,
isi sepenuhnya dan ganti semula tahun ini,
kerna ramadhan tahun hadapan belum pasti milikmu.

pohon ampun salah dan silap.
hanya hamba.