now.

warning : tempat meluahkan sahaja.

me : mak, mak tahu tak apa jadi kat mesir.

mak : mak tahu..ada orang tembak-tembak tuh.

me : mak tahu dari mana?

mak : abah buka al-jazeera.

me : mak tak risau ke?

mak : mak tahu anak mak baik .tak nakal-nakal. tak risaulah, apa-apa jadi , mak tawakal pada Allah.

-----------------------------------------------------------------

me : abah, orang nak bagitahu.

abah : ye, apa dia?

me : sekarang kelas banyak tangguh-tangguh, exam pun macam tuh. sebab keadaan tak menentu. kawan-kawan nisah ada sebahagiaannya awalkan tiket dan carry marks untuk ke final. sebab tak menentukan, pastu tak boleh nak study sangat pun.

abah : tapi nisah nak habiskan dulu semua exams, baru balik kan?

me : mana abah tahu ni ? huhu~ abah doakan orang dan kawan-kawan boleh tenang, selamat dan study elok-elok ek.

abah : insyaAllah abah doakan.

me : abah, nanti buat umrah jaga diri baik-baik.

abah : tak payah tunggu nanti. sekarang lagi abah kena jaga. dah berapa kali abah batuk teruk. likat sangat sampai kadang-kadang rasa nak pengsan. block abah nak bernafas.

*rasa nak gugur jantung...Allah, pelihara abah.*

me : abah minum air banyak-banyak? abah ambil ubat batuk tak?

abah : abah minum banyak..dah, abah ambil ubat dah.

---------------------------------------------------------------

-semoga perjalanan umrah mak abah berjalan lancar dan terpelihara kesihatan mereka serta diterima amalan mereka.

- nak cemas-cemas pun tak boleh. takde siapa nak layan. huhu~ ambil langkah cuba tenangkan diri.

---------------------------------------------------------------

ready for ramadhan



 nota dari marhaban ya ramadhan oleh al-habib ali zaenal abidin.



ramadhan action plan oleh nouman ali khan.

-The month that teaches you to strive towards perfection (اكمال). 
- sebelum banyakkan benda baik, buang dulu tabiat buruk/ dosa kering yang sering kita buat. (jangan leka dengan games/ videos/movies yang ada, atleast untuk sebulan) syaitan dirantai, jadi sepatutnya lebih mudah.

- letak aim untuk hafal alquran, fahamkan alquran, hafal doa.

-kurangkan makan, elakkan membazir. be grateful.

-be a better you, compete with the old you.

- jaga subuh dan isya' sebelum solat sunat yang lain.
 
- letak aim untuk hafal alquran, fahamkan alquran, hafal doa. 
-kurangkan makan, elakkan membazir. be grateful. 
-be a better you, compete with the old you. 
- jaga subuh dan isya' sebelum solat sunat yang lain.

-----------------------------------------------------------------

tips berharga untuk terus hidup produktif



dan untuk uruskan masa dengan baik di bulan ramadhan.



Ramadhan Kareem!

semoga meninggalkan ramadhan tahun ini dalam keadaan menjadi sebenar-benar hamba, dan diakui Allah sebagai sebenar-benar hamba.


" baby step "









"Setiap kita ada mimpi ngerinya yang tersendiri,
Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, 
kita boleh terbangun pada tengah malam,
berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas,
dan malu untuk ia diketahui orang."

terkadang, menerima orang lain lebih mudah dari menerima diri sendiri.
dan memaafkan orang lain lebih mudah dari memaafkan diri sendiri.
dan meyakinkan orang lain, jauh lebih mudah daripada cuba meyakinkan diri sendiri.



the stages of love~

kubaca buku the 5 love languages karangan Gary Chapman.

kata dia, cinta ada 2 peringkat :

1- peringkat obsesi. ( obsessive stage of love )

ketika sedang obsesi, semuanya kelihatan indah. nasihat orang lain semua dipandang enteng.
hidupnya dalam dunia mereka sendirian. "honeymoon stage" kata orang. buah hatinya itulah yang paling sempurna. walau penuh cacat cela, terlihat baik semuanya.


pada kebiasaannya peringkat ini kekal selama 2 tahun. dan ramai pasangan berkahwin ketika masih diperingkat ini. Pada peringkat ini, membuktikan cinta tidak memerlukan usaha yang lebih. sehingga ada yang berkata, 

"why would you have to work on a marriage? 
If you have to work on it, 
doesn't that mean you probably shouldn't have gotten married in the 1st place?"

Namun , jika mereka tidak menyedari bahawa "euphoric stage" of love ini tidak kekal lama, perkahwinan itu mungkin menempah perceraian.

2- peringkat perjanjian / tanggungjawab ( the covenant stage) :

ketika sampai di peringkat ini, bukanlah bermakna mereka sudah tidak passionate atau punyai dorongan yang kuat untuk mencintai, tapi perasaan cinta dan kasih-sayang itu perlukan usaha lebih dan pembuktian yang lebih.

pada ketika ini, kedengaran semula semua nasihat-nasihat yang diterima sebelum ini. 
perbezaan antara keduanya yang sebelum ini kelihatan kecil dan boleh diatasi, mula nampak besar.



masing-masing mula fokus pada diri , dan meminta kehendaknya ditunaikan, hilang erti memberi.

jadi bagaimana?
peringkat ini, cinta itu sampai pada peringkat perlu MENCINTAI SECARA RELA DAN SEDAR. intentionally. bukan sekadar perasaan yang datang tiba-tiba. ia memerlukan ingatan, fikiran dan usaha. 


dan jika kedua-dua mereka saling mendalami peringkat ini, 
cinta itu akan berubah daripada cinta secara obsesi kepada cinta yang mendalam dan kukuh kedudukannya.
cinta peringkat ini yang membawa seorang tua berumur 50 tahun berkata tentang isterinya,

" i love her more deeply now than the day we married" 


bagaimana ingin berjaya melepasi peringkat ini with flying colours?

we need 2 things.

1-pengetahuan tentang lumrah cinta ( knowledge of the nature of love.)

2- the will to love (keinginan yang kuat untuk mencintai.)

dari pengetahuan tentang cinta itulah lahirnya 5 bahasa cinta. setiap orang ada bahasa utamanya. 

http://www.5lovelanguages.com/ (rujuk sini untuk lebih mendalami hal ini.

bukankah begitu ceritanya di mana-mana?

tidak lari juga dalam kehidupan seorang daie.

berapa ramai dari kalangan daie yang mulanya bersungguh, namun kecundang di permulaan.
sehingga berkali-kali kita diingatkan,


" dakwah itu mungkin bermula dengan semangat (hamasah), 
namun nak terus kekal tsabat (teguh), perlukan kefahaman. "

bagi saya konsepnya serupa.

pada mulanya begitu mudah untuk seseorang semangat berdakwah, dan bercerita tentang islam, sehingga terkadang sampai tahap luar alam.


sama seperti obsessive stage of love. tak perlu pun kakak naqibah atau murabbiyah paksa, kita dengan rela hati ingin buat semua benda.

namun tak lama kemudian, obsesi itu akan tamat tempohnya. dan jika tidak dijaga perasaan cinta itu, maka "bercerailah" orang itu dari jalan dakwah yang dipilihnya.

mulalah dia meragui jalan pilihannya selama ini. mahu lebih fokus pada diri. menyalahkan dakwah atas banyak benda. menuntut hak dari rakan seperjuangan malah dari jalan dakwah itu sendiri.

"takde siapa nak DF kita"

"tak naklah usrah dengan kakak tuh, tak ngam."

"bosanlah usrah..tak nak datang boleh tak?"

"itu leceh...ini leceh...itu penat...ini takde masa..."


dan akhirnya merasa dirinya di"zalimi", di"aniaya" , dan tidak diberikan "hak dan kasih sayang" secukupnya dalam dakwah.

sedangkan, untuk kekal jatuh cinta itu , perlukan 2 benda itu juga.

1- pengetahuan tentang islam dan dakwah itu sendiri.

2- keinginan yang kuat untuk terus bermujahadah di "jalan cintanya" itu.

ingatlah, semangat itu mungkin luntur satu hari nanti, jika tidak senantiasa digilap dengan KEFAHAMAN.

bukan saja-saja Imam As-Syahid Hassan Al-Banna meletakkan al-fahmu sebagai rukun bai'ah pertama.

tak siapa pernah cakap jalan dakwah ini senang.

namun hampir semua mengaku, dalam kesukaran dan kepahitannya, terselit banyak kemanisan.

mana tidaknya, orang yang tak pernah merasa pahitnya peria, takkan tahu betapa manisnya gula.




p/s: 
masa untuk Back For Good hampir tiba. masa yang sangat mendebarkan, dengan cerita-cerita yang didengar selama ini, usrah yang tenggelam timbul di kesibukan bekerja dan berkeluarga, senangnya untuk larut dalam hidup sendiri.

bilamana tarbiyah itu memberi nafas baru dalam hidup kita, risiko untuk kehilangannya akan sangat mendebarkan kita (sehingga terkadang defensive tahap luar dek akal). kerana kita sedar, tanpa hidayah Allah dan tarbiyah ini, mungkin sudah jauh kita hanyut dalam hidup penuh kelazatan dunia. 

maka, haruslah selesaikan kerja rumah fahamkan bahan tarbiyah, agar ada bekal untuk terus "bernafas" jika bersendirian.

Allah, teguhkan hati kami berpegang pada cara hidup berlandaskan ajaran-MU.

qalam IV



" Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung"

Seluruh pelusuk alam buana bergema,
dengan sanjungan Ilahi yang unik kepada Nabi yang mulia,
dan terpacaklah sanjungan yang tinggi itu di jantung alam buana.

Lemahlah segala pena,
dan lemahlah segala daya khayal,
untuk menggambarkan nilai kalimah yang agung,
dari Tuhan semesta alam itu.

(fi zilalil quran , surah al qalam )

itulah pengakuan dari Allah, mengikut neraca Allah terhadap seorang hamba-NYA, yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

tiada satu pun yang pernah disembunyikannya, baik pujian atau teguran Allah kepadanya..

dan ketenangan tanpa hancurnya baginda ketika menerima sanjungan dan penghormatan ini, 
sedangkan baginda sendiri yang memang benar-benar mengenal siapa Allah,
adalah sebesar-besar bukti keagungan syakhsiahnya. 

dan Akhlak dalam islam itu, 
bukanlah lahir dari masyarakat,
bukanlah hasil pertimbangan-pertimbangan bumi,

malah ia diambil dari langit,
dan bergantung kepada langit,
supaya dapat dipandang dari ufuk yang tinggi.


- mujahadah perbaiki akhlak, bukanlah untuk mendapat kepercayaan dan sanjungan manusia,
tetapi untuk mencapai redha Pencipta, mengikut jalan junjungan tercinta.

bukankah akhlak juga manifestasi keimanan?

War Game!

WING 2013
PENTAS KEHIDUPAN DA'IE


"Pejuang di siang hari,
Rahib di malam hari."

Alhamdulillah, ini "WINter Gathering" pertama dan mungkin yang terakhir aku di sini.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

banyak pengajaran yang aku dapat, walaupun aku bukanlah peserta, dan kurang berpeluang mendengar pengisian - pengisian sepanjang mukhayyam.

ingin bercerita tentang War Game. ini aktiviti kemuncak kami di sini bagiku. Arahannya mudah,

1- setiap kumpulan ada checkpoint masing-masing dan misi yang perlu diselesaikan. ditambah perlu mencari satu risalah sebagai amanah kumpulan.

2- setiap peserta perlu menampal kertas bertulis cita-cita atau impian mereka di bahu belah kanan, amanah yang menjadi nyawa mereka.



3- akan ada musuh yang mengganggu mereka sepanjang perjalanan menyelesaikan misi, mencabut "nyawa" (cita-cita) mereka. jika berjaya diragut musuh, maka mereka dikira terkorban syahid.

musuh berselerakan di luar kubu

4- musuh terdiri daripada AJK dan seorang pembelot dari setiap kumpulan.

************************************************************

maka bermulalah sebuah " peperangan".

kubu pertahanan yang tidak boleh dimasuki musuh

mulanya semuanya tenang sahaja, peserta dan musuh saling menjeling, berbalas senyuman. 
peserta tangkas dan bersungguh cuba menyelesaikan misi.
musuh hanya melihat dari jauh.

harmoni sahaja peserta dan musuh

tidak lama kemudian, keadaan semakin hangat. 
musuh semakin mengganas. 
rentapan demi rentapan "nyawa" dilakukan. 
kejar-mengejar berlaku.
pergelutan berlaku dengan dahsyatnya, 

pergelutan,
antara seorang yang ingin menjaga amanahnya, cita-citanya dan nyawanya, dengan seorang musuh yang hanya patuh titah perintah sang ketua.

kekuatannya luar biasa,
kerana mempertahankan cita-cita, nyawa dan amanahnya.
kerana yakinnya dia di jalan yang benar, dia tak pernah kenal erti putus asa.
walaupun dia seorang dikepung 4-5 orang musuh.
azamnya tidak pernah jatuh,

ukhti yang kelihatannya lemah-lembut penuh adab susila, 
rupanya tertanam dalam dirinya kekuatan dan ketangkasan yang tersembunyi.
dia lembut tidak pernah bermakna dia lemah.

wajahnya yang sentiasa dihiasi senyuman, 
bukan petanda dia mudah dipijak dan diperlekehkan.
awas itu!

***********************************************************

akhirnya,
tangisan demi tangisan kelihatan,
teresak-esak di sana sini.

dia tidak gentar luka pada anggota,
bukan itu punca tangisannya.

yang ditangisi adalah gagalnya dia menyempurnakan misi.
yang ditangisi adalah lemahnya dan kalahnya dia pada sang musuh.
yang ditangisi adalah apabila terkilannya dia bila sang arab membelot memberitahu tempat persembunyiannya pada musuh.
yang ditangisi adalah penghayatannya pada nasib saudaranya yang diperangi dan ditindas sesuka hati.

itu makna tangisannya.
bukan kesakitan yang lahir pada fizikalnya,
tapi keperitan yang terbit di benak hatinya.

***********************************************************

aku?
seorang musuh.
cuba menjadi musuh yang terbaik, tanpa simpati dan ehsan.

sepanjang menjadi musuh, dalam hatiku terngiang pesanan saudariku di Gaza,
"Kami kuat kerana kami tahu kami di atas kebenaran.Kami hanya mempertahankan nyawa, agama dan tanah air kami. mereka, (zionis israel), mereka pengecut dan ketakutan, kerana mereka tahu, perbuatan mereka salah. dan tiada bertapak pada asas yang kukuh."
walaupun akalku cuba merasionalkan keberadaanku berada di pihak musuh, namun hatiku sentiasa resah kerana meyakini kebenaran mereka. dan mengakui kehebatan mereka. Maka,

=) 
perlulah menjadi musuh yang terbaik, agar mereka lebih menghayati peperangan ini. kerana musuh sebenar tidak pernah belas kasihan pada kita. supaya mereka yakin, bahawa mereka berada di jalan yang benar walau sekejam mana musuh. 
bersembunyi bersama musuh-musuh yang lain, 
menanti perbincangan "Oh, I See" yang tiada penghujungnya.

*********************************************************

perasaan tidak tergambar,

bilamana mencabut nyawa anak usrah sendiri yang membawa kepada tangisannya.

bilamana dengan kejamnya meragut "nyawa" ukhti yang berhempas pulas mempertahankannya,

bilamana diserbu peserta lain ketika cuba "membunuh" seorang sahabat mereka,

bilamana melihat perbincangan "Oh I See" yang tidak membawa kepada sebarang tindakan.

bilamana kakiku "dilumpuhkan" lalu jatuh terduduk ketika mengejar seorang peserta,

bilamana meragut nyawa seorang ahli 2-3 tapak sebelum dia sampai di kubunya.

bilamana mempraktikkan segala ilmu perubatan dan luar perubatan dalam merangka strategi mencabut cita-cita mereka...

**********************************************************

setelah tamat waktu, akhirnya kami berkumpul untuk sama-sama berkongsi cerita de tepi pantai. Takkan dibiarkan permainan ini sia-sia kan?


perkongsian ibrah / pengalaman / pengajaran daripada permainan.

terima kasih akhawatku, atas pengalaman dan permainan emosi yang tidak ternilai harganya.

aku cinta kalian kerana Allah.

harapan dan cita-cita, yang memberi nyawa.

kenangan hasil terganas lebih.

info tambahan :-
bilamana di medan perang, sympathetic tinggi, sangat cemas,
 hormone Endorphin akan memuncak tinggi,
hormone endorphin ini merupakan "natural painkiller"
maka kita tidak akan merasa sakit.
(sebab tu ada tentera yang tak rasa sakit walaupun kakinya terpotong)

namun, selepas tamatnya "masa cemas",
mulalah kesakitan dan kelenguhan memuncak.

dalam hati, kita tengoklah malam nanti or pagi esok macam mana, siap sedia jela sakit-sakit badan.

Lastly,
APA CITA-CITA AWAK, 
YANG AKAN AWAK PERJUANGKAN WALAU BERGADAI NYAWA?