a very meaningful conversation...

Tamayyuz dan Tajarrud

kekwa : "tamayyuz" is a strong word kan? bukan senang.

orkid : yup. maknanya sudah cukup besar. apatah lagi nak praktik. bukan sekadar nak bezakan sikit2 je. dari semua aspek. kena pastikan setiap cell diri kita kena sibghah Allah, then only kita tamayyuz.

kekwa : Ya Allah, besarnya. nak tajarrud diri, nak tawakal diri. ego kita ke yang halang kita sebenarnya ek?

orkid: ye kot. dalam AQ banyak kali Allah sebut. betapa manusia ni sombong, rasa diri tu bagus dan hebat sangat. tak tahu yang semua yg dia ada milik Allah. dia tak memiliki apa-apa pun. baik pengaruh, kuasa, hatta ke atas diri sendiri, dia lupa yang dia hidup pun atas ihsan dan kehendak Allah.

kekwa: rasa nak pause. nak stop n look. macam semua benda is going way too fast.Last2, tengok2 dah kering dan terkulai, without knowing mana hilang punca.
tengok2 ego dah takes upperhand. rasa macam buat dengan rasa tanggugjawab, hilang rasa cinta.

orkid : sebab tu Allah suruh kita banyak2 merenung dan tafakur, tengok balik sekeliling, tengok diri sendiri. kalau Allah izin, kita akan sedar balik kita ni siapa sebenarnya, plus kena selalu selak2 manual kita la, then only kita akan lebih faham dan mengerti.

Cinta ALLAH

orkid : satu misi saya sekarang ni. juga doa saya tiap2 hari. is nak jatuh cinta. nak jatuh cinta dengan Allah. nak sampai Allah sudi declare kisah cinta saya dgn Dia.

kekwa: awak , mana hilang rasa cinta tuh?................

orkid : huu. takde jawapan. skema jwapan kita mungkin berlainan. kena tepuk dada tanya iman
sama ada cinta itu pernah wujud kemudian tenggelam dek perkara lain, ataupun dah melayang pergi .

boleh jadi juga cinta tu tak pernah wujud pun, yang ada selama ni hanyalah takut mungkin?
mungkin juga tak ikhlas, menngharapkan balasan? i've no answer awak.

'ala kullihal, kat mana pun duduk letak cinta tu sekarang, yang penting ialah, pupuk, bina balik rasa cinta tu, once dah bercambah, kena jaga baik2, ikat ketat2, tak nak terlepas lagi.

kekwa: sepatutnya cinta manusia menambahkn cinta pada Allah, dan vice versa kan?

bila kita sayang orang,sepatutnya kasih sayang tu menambahkan cinta kita pada Allah kan? (sebab kita tahu kasih sayang tu takkan wujud pon tanpa Allah letakkannya di situ. dan bila kita cinta Allah, sepatutnya kita akan bertambah sayang pada makhluk ciptaan Allah jugakkan?

orkid : betul, tapi tak tahu la mana 1 datang dulu. sebelum2 ni dok fikir, sepatutnya both saling menambah cinta. cinta Allah tu kena datang datang dulu, then sebagai pulangan cinta kita pada Allah tu Allah melahirkan rasa cinta pada makhlukNya. entah la

kekwa: tapi ada jugak orang yang mencintai manusia, selepas tu baru sedar betapa cinta itu datang dari Allah, dan sepatutnya Allah itu yg lebih berhak dicintai.huhu~

terpulang bagaimana cara Allah nak memberi rasa cinta itu kan? asalkan akhirnya dia menyedari, cinta pada Allah itu patut datang dari dalam, bukan setelah menerima macam2 dari Allah.

cinta Allah pada segala Asma-nya yg indah dan kesempurnaan-NYA.
baru lah takde rasa keterpaksaan dalam tajarrud, tamayyuz. dan sibghah kita hanya dengan sibgah Allah kan?

thanx Allah for lintaskn hati awk utk ingatkan saya pagi ni.

sibghah : celupan.
tamayyuz : berbeza, (? - tak terlintas maknanya dalam BM,siapa leh tolong?)
tajarrud : menyerahkan diri hanya untuk islam.
********************************************************************

istikharah


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu,
aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu,
aku mengharapkan kurniaMu yang besar.
Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif.
Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil.
Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***)
dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku,
baik pada agamaku,
baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang,
takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***)
akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku,
membawa akibat dalam kehidupanku
baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang,
jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.

Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik,
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

teringat kata-kata ust syed kadir waktu muda-muda dahulu,

"buatlah istikharah setiap hari, lepas solat dhuha , bukan ke hari-hari kita buat keputusan.
even nak letak garam ke tak dalam masakan pon satu keputusan juga"

auntie cakap,

"buatlah selepas dhuha, minta supaya awak di "guide" Allah sepanjang hari tu."

ust amr khaled cakap,

"solat istikharah manifestasi tawakal."

dari doanya kita nampakkan, ia menunjukkan erti tawakal sebenar.

(seperti mana seorang bayi kecil berusaha dengan menangis apabila lapar,
dan redha dengan setiap suapan yang ibunya berikan,

maka jadilah manusia yang sentiasa berusaha sehabis tenaga,
dan redha dengan apa yang ALLAH aturkan.)

melayukah kita?


Halia ini hanya tanam-tanaman,

Di barat sahaja tumbuhnya;

Dunia ini pinjam-pinjaman,

Akhirat jua yang sesungguhnya.’

*************************************************

’Tak boleh menetak jati,

Papan di jawa di belah-belah;

Tak boleh kehendak hati,

Kita di bawah tadbir Allah.’

************************************************

Asam kandis asam gelugur,

Ketiga asam si riang-riang;

Menangis mayat dipintu kubur,

Teringat badan tidak sembahyang.

***************************************************

Buat serunai batang padi,

Bunyi lagu seri pualam;

Serban bukan semuanya haji,

Haji terletak pada amalan.



sejauh mana kita kenal sejarah melayu kita?

sejauh mana kita tahu perjuangan islam di tanah melayu dahulu?


adakah islam itu tersebar semudah ulama' datang solat di pantai, sultan terpesona lantas bersyahadah?

bukankah kita tahu, islam tak pernah tersebar mudah tanpa darah syuhada' dan perjuangan yang panjang ?

:) mehla klik kat sini

siapa kita?

"kita tak cukup akhawat lagi la awak."

"kenapa dia x macam ikhwah? camtu ke ikhwah?"
(sukati jer cakap, kita dah cukup akhawat ke?)

:)

dalam fikiran kita, seringkali membayangkan akhawat itu perlu sopan-santun, lemah-lembut, kata-katanya berhikmah dan lembut, mukanya perlu bersih berseri, tenang, penyejuk mata yang memandang (seperti bidadari?),berwibawa, pandai segala aspek, memasak, menjaga rumah, berkomunikasi dan lain-lain. sehingga seringkali kita terfikir,

"dah peribadi kami memang begini, kalau diubah, maka apa yang tinggal?
tak mahu jadi robot yang tipikal la akak."

dan seringkali juga bila disebut dia seorang ikhwah, peribadinya mestilah berhikmah dalam kata-kata, pandai memimpin atau membuat keputusan, sangat bertanggungjawab, tenang dan senang pada pandangan mata, ilmu pengetahuannya meluas, diamnya diam seorang pemikir, bila berkata-kata seperti sumber oksigen yang memberi sumber kehidupan. etc..etc..

sempurna sungguh pandangan kita pada seorang ikhwah dan akhawat.!

pening kepala kot! -.-"

lupakah kita pada rasul kita dan sahabat-sahabat baginda, bagaiman peribadi mereka yang masing-masing unik?

Rasulullah SAW .

seorang yang paling lembut terhadap isteri dan anak-anaknya, sangat sopan terhadap para sahabatnya. Bahkan pada seorang kafir buta yang sudah tua. Setiap hari beliau menyuapi orang kafir yang buta ini, sampai beliau wafat. Saat Abu Bakar menggantikannya untuk menyuapi orang buta itu, ia bisa dengan mudah membezakannya. Tapi, Rasulullah SAW adalah orang pertama yang “reject” saat kaum kafir memusuhi Islam. Sikapnya begitu tegas dan keras saat musuh-musuh Islam itu bermaharajalela.

ingatkah kita siapa Abu Bakar As-siddiq r.a?
Sosok ikhwan yang sangat menjaga kesopanan, lemah lembut terhadap sesamanya. Secara fizikal, beliau adalah seorang yang bertubuh kurus. Walau beliau banyak harta, tapi tak menghalanginya untuk menjauhkan lambung dari tempat tidurnya. Sangat sering menangis sehingga Aisyah r.a pernah menasihati rasul s.a.w agar melantik orang lain menggantikan baginda menjadi imam solat lantaran kerapnya Abu Bakar tenggelam dalam tangisannya ketika beribadah.

siapa pula saidina Umar r.a?
Secara fizikal, susuknya tinggi dan besar. Sifatnya sangat tegas. Tapi tak jarang beliau ditemukan dalam keadaan menangis tersedu dalam salat, bahkan sampai pengsan.sehingga kelihatan 2 tanda garisan di pipinya lantaran terlalu kerap menangis. peribadi yang selalu ingin bersaing dengan Abu Bakar ini, tak jemu bertanya pada Rasulullah SAW tentang apa-apa yang bisa membuatnya lebih dekat dengan Allah SWT.

Ustman bin Affan,
seorang ikhwan hartawan yang sangat pemalu, bahkan malaikat pun malu pada beliau. Tak enggan memberikan harta di jalan Allah, itulah karakteristiknya.

Lain lagi dengan Ali bin Abi Thalib.
Beliau seorang pemuda yang sangat bersahaja. Pemuda pertama yang memeluk agama Islam. Pemuda yang sangat menjaga hati terhadap lawan jenisnya, sehingga Allah ‘menghadiahkan’ susuk lembut Fatimah binti Muhammad sebagai pendamping hidupnya. Walau keduanya sudah "berperasaan" sebelumnya, tapi mereka berusaha untuk tidak mengekspresikan sebelum saatnya tiba. Subhanallah.

malu jika ingin membandingkan diri kita dengan para khalifah yang empat. sedang kita qiamnya masih tunggang-langgang, solat awal waktunya masih sering tertinggal. ukhuwahnya masih berantakan, ilmu dan pengetahuannya stagnant, belajarnya tunggang-langgang.
(muhasabah-muhasabah-muhasabah)

ukhtiku,
semua peribadi dan sifat-sifat itu, nikmat anugerah yang Allah kurniakan pada setiap dari kita. maka gunakannya sepenuhnya. tidak perlu membandingkan kelebihan kita dengan orang lain kerana logiknya, setiap orang berbeza. dari setiap kelemahan pasti ada juga kelebihan. Allah menciptakan kita berbeza agar kita boleh saling menguatkan.
"bukankah taman yang dipenuhi bunga yang pelbagai jenis dan warna itu lebih indah di pandangan mata?"
pandai berkomunikasi menjadikan seseorang boleh diletakkan di posisi berhadapan dengan masyarakat dan menguruskan networking.
pandai mengurus dan merancang merupakan aset seorang mastermind dan ketua.
pandai berbisnes dan menguruskan kewangan membolehkannya berjasa dalam menguruskan kewangan dan keluar masuk duit dalam persatuan / jemaah. dan boleh menjadi penyumbang dana dalam melaksanakan amal.
pandai berkata-kata dapat menaikkan semula semangat rakan-rakan ketika kefuturan melanda.
etc..etc..

justeru, pandanglah dari sudut positif, dan
"Silakan memilih teladan yang paling dikagumi, karakter golongan salafuunassoleh yang paling sesuai diterapkan dengan diri. Jangan sampai tidak memilih sama sekali. merekalah idola pilihan kita kerana kedudukan mereka di syurga sudah PASTI!"

sedarkah kamu duhai ukhti,

"seekor lalat, walau berterbangan di taman bunga, pasti yang dicarinya kotoran dan sampah-sampah yang busuk. langsung tidak mengendahkan kecantikan bunga-bunga dan pohon-pohon yang menghiasi taman. "

"sedangkan seekor lebah, walaupun di dalam semak-samun penuh sampah, pasti yang dicarinya pohon bunga yang masih segar berisi madu. diambil madu tanpa merosakkan bunga, dikumpul madu , bermanfaat untuk manusia."

maka lihatlah dunia seperti seekor lebah yang sentiasa menghargai bunga.
saidina umar r.a yang senantiasa mencemburui kebaikan Abu Bakar r.a. tidak pernah merasakan dirinya sudah cukup baik.

saidina umar yang 180 darjah berubah dari kejahilan kepada cahaya islam.

saidina umar yang didoakan keislamannya oleh rasulullah SAW.

saidina umar yang pandai berkata-kata dan senantiasa mencari kebaikan dan menghargai setiap sahabatnya.

saidina umar yang kental dan tegas, namun air matanya seringkali tumpah, lambang kelembutan hatinya.

saidina umar yang sudah dijanjikan bidadari idamannya di syurga.

:)

jazakillah awak, akak suka sangat buku ni!
(walaupun tak habis baca lagi.huhu~)

re-post.

re-post.

untuk dia yang saya rindu, belaian untuk anda.

untuk dia yang nak exam, booster untuk awk

dah tak tahu kenapa sangat sukar menulis sekarang. huhu~