1- Anisah ada borak benda-benda intelektual tak dengan pipah?
( = lain kali kalau borak-borak dengan afifah, sila borak benda yang intelektual , bukan sekadar emosi.)
2- isteri dalam sesetengah aspek boleh membantu, tetapi kadang-kadang dia yang jadi beban.
( = pastikan tak jadi beban, malah jadi driving factor untuk suami maju ke hadapan.)
3- dalam kondisi bleeding sekarang, bertahan dengan saving yang ada. abah kan cermat dulu.
( = jangan boros, cermat guna duit. kena pandai uruskan kewangan. T.T )
4-dekat abassiyah ada rusuhan lagi ke? abah tengok al-jazeera pagi tadi 4 orang mati.
( = sila ambil tahu isu semasa, jangan jadi katak dalam gelas kaca.banyakkan baca berita dan buku ilmiah)
5- anisah untung duduk oversea, banyak exposure. budak-budak mesir intelek tinggi tak? mereka banyak membaca tak? standard intelek mesir tinggi, tapi banyak je "garbage".
( = anisah jangan suka sangat duduk dalam kelompok sendiri dan comfort zone. sila banyakkan membaca banyak benda.dan bergaul dengan ramai orang.)
6- abah rasa Pembangkang belum lagi akan menang kali ni.
7- Bersih 3.0, jumlah india yang datang berkurang.mereka dah dapat apa mereka nak, so apa guna sokong lagi. ****** kelebihan india, walaupun mereka sedikit tapi mereka suka bising.
cina semakin menjauhkan diri dari.....
8- kena usaha teruk sikit dalam era pemuda yang baru nak bangunkan diri. abah dah orang tua, nama tak dipandang dalam profesion abah. kita perlukan orang baru.
terasa macam ayah kakmilah adalah seorang manusia yang sangat menarik. nak datang raya! :D
ReplyDeletehaha~
ReplyDeletetgk anak la.
trait nakal pon akk dapat dr ayah akk gak :D