bila FB = BF .

" bosankan kat sini boleh kawan dengan budak medic dan dirasat je?"

sengaja menimbulkan topik untuk berbual. sedang cemburu dengan akhawat UK yang kursus pengajiannya berbeza-beza. satu usrah ada yang ambil medic, ada geologi, ada business, ada physic, chemistry etc.

"A'ah! bosan! semua orang cakap topik yang sama. takde kelainan.", balas Haru.

lalu dia menceritakan salah satu aimnya bermain facebook. dengan punyai rakan seramai 700 ++ , dia mengharapkan sekurang-kurangnya dapat membaca 15 topik perbincangan berbeza. namun semua orang hanya bermain isu yang sama.

T___T heart-broken.

oh, ada hadaf main facebook?cool~

terlupa setiap mukmin sepatutnya buat sesuatu mesti bersebab. bukan suka-suka.

tetapi seringkali kita menjadikan facebook tempat menulis diari, tempat mencari simpati, tempat menceritakan masalah tanpa kaki dan tangan bergerak melakukan apa yang SEPATUTNYA dilakukan.
terkadang penuh dengan kata-kata tanpa amalan.




kelakar dan tersentap. bila melihat ramai di antara kita (termasuk diri-sendiri) pandai " bermain teori dan berdebat" sedangkan belum pernah turun ke medan sebenar. belum faham waqie' dan keadaan.

tak kesahla dalam isu dakwah, politik, institusi kekeluargaan atau apa pun.

teori itu asas sebagai panduan utama, namun kita perlu bijak menyatukan teori dengan keadaan semasa.

samalah macam medic pon, belajarlah semua jenis ubat, (sampai yang dah tak guna lagi pun kena belajar), kesudahannya, terpulang kepada Doktor yang merawat untuk memberikan ubat yang terbaik untuk pesakit yang berlainan.

facebook. manfaat atau musibah?

terdiam membaca status seorang chinese yang revert, lebih kurang bunyinya,

"cuba tengok balik hidup kita sebelum dan selepas ada facebook. kalau banyak hidup kita terbazir dengan main facebook, mungkin kita perlu buat jadual bila kita boleh masuk ke laman sosial ini"

serius, "puasa" yang 2 hari sangat mengajar.benar, di facebook itu medan dakwah kita, perbincangan gerak kerja, kongsi bahan-bahan untuk study, berhubungan dengan anak usrah, keluarga. update isu semasa etc.

tapi setiap benda perlu ada limitnya.

dan apabila kita lebih terkesan dan "mencintai" status facebook daripada kalam Allah, Alquran yang sepatutnya mencari kawan baik kita, maka yakinlah, ada sesuatu yang pelik dan tak sepatutnya berlaku.

Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata : Rasulullah bersabda :

"Merupakan tanda baiknya  Islam seseorang, 
dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya . "

(Hadits Hasan riwayat Turmuzi dan lainnya)
hadith ke 12 dari hadith 40 imam nawawi.



p/s :
-terima kasih daun keladi buat cik yuyumiza atas idea puasa facebook.
- dan terima kasih kepada cik fatihah asilah, roommate berdedikasi yang sudi tukarkan dan simpankan password facebook. (minta maafla terpaksa mengugut untuk dapatkan balik password. = D )

Sesabar Syaitan

kenali musuh kita

Seringkali kita lafazkan,
"musuh utama kita syaitan."

dan seringkali juga, kata-kata itu hanya bermain di mulut. tanpa kita benar-benar memaknai dan membenci musuh tersebut.

makhluk yang dilaknat Allah itu mungkin hanya mencebik dan tertawa melihat "kesungguhan" kita memusuhi dia dan kaumnya.




"sabar ye nak. dia tak maksudkan apa yang dia cakap. tengok ye nanti,"
mungkin itu pujuk sang ibu syaitan kepada anak-anaknya yang down dihina dan diejek-ejek manusia.

si ibu senyumannya tak lekang dari bibir. memotivasi si anak syaitan belajar "tips turun-menurun" cara menggoda manusia. "mujahadah sunguh-sungguh."

Bijaknya makhluk laknatullah ini! 
Dalam diam dia membisikkan hasutannya. sedikit demi sedikit.

sehingga manusia merasakan hasutan-hasutan itu adalah "buah fikiran" sendiri.
Sehingga tiba satu ketika, kita terkadang tidak mampu menghalang diri kita sendiri daripada melakukan maksiat.

"tak tahulah akak, bukan tak cuba nak tinggalkan, tapi tak boleh"


"kita pon tak tahu kenapa kita tengok juga page tu, bukannya tak tahu benda tu tak boleh, tak elok...tapi....."


"kenapa saya tak boleh tundukkan pandangan? kenapa susah sangat saya nak jaga mulut? kenapa...?"


"entahla kak, kita pon tak tahu nak buat apa..I JUST CAN'T"

ketika itu, ketahuilah,  syaitan punyai "asas yang kukuh" dalam diri kita. sehingga tarikan iman kita kalah dengan al-hawa dan tarikan syaitan.

dan semakin lama kita di situ, semakin bertambah maksiat yang kita lakukan, semakin gelap dan hitamlah hati yang terkapai-kapai mencari cahaya dalam diri kita.


Strategi dalam diam & Sabar menunggu hasil .

syaitan bijak. tak gopoh. ketika iman manusia mencanak ke langit, dia bersembunyi.

merudum sahaja iman sang hamba, maka berlumba-lumbalah dia dan pasukannya menyerang bertubi-tubi. sehingga ramai yang terjelepuk jatuh, tak mampu berdiri semula. ada yang hidupnya dalam iman, tetapi matinya dalam kekufuran.

begitulah cara kerjanya syaitan. diungkap dalam satu lafaz pendek

"   الوسواس الخنس  "

sepi................

tup tup!

DONE!

dalam diam dia bekerja, sehingga lahirlah hasil. tiada istilah cakap lebat.
dan dia  berterusan melakukan pekerjaannya, satu demi satu.


Kotakan Janjinya pada Allah.


"Iblis menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, PASTI aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan yang lurus.

Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari  DEPAN dari BELAKANG, dari KANAN dan dari KIRI mereka.

Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
 (Al-a'raf :16-17)



"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan 
kedua ibu bapa kamu dari Syurga, 

sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). 

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka

Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."

(Al-a'raf :27 )

serius, meremang bulu roma. macam ada banyak mata yang sedang melihat dari SEMUA ARAH, mencari peluang nak jahanamkan dan hancurkan iman dan kehidupan kita.

Makhluk Genius yang berdendam! 


scary......

makhluk yang merasakan dirinya LAYAK untuk sombong pada Allah ini pastinya bijak, dan penuh keistimewaan. can't deny that fact.

malah dia seolah-olah berjaya membuktikan " aku lebih hebat dari Adam a.s" apabila berjaya menggoda Nabi Adam a.s dan hawa. sehingga akhirnya mereka dikeluarkan dari syurga.

dia di mana-mana.
dia punya superpower.
dia bijak berstrategi dan merancang.
dia sabar dalam amal buruknya.
dia tak putus asa.
dia punya cita-cita dan azam besar.
dan dia benar-benar MUSUH YANG BUKAN CALANG-CALANG.

.



then, what should we do????..........

to be continued....

siapa tokoh itu?

"ok, sekarang semua  duduk dalam group. ceritakan kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. dan setiap ahli kumpulan kena sama-sama fikir siapa tokoh-tokoh, para sahabat atau orang berjaya yang ada ciri-ciri macam dia..TOKOH yang ciri-cirinya sama BUKAN yang menjadi idola."

=D

setelah setengah jam, aku berjumpa dengan ramai personaliti persis tokoh agung zaman dahulu.

si dia yang sangat meminati muzik persis al-farabi.
si dia yang sangat berketokohan menjadi pemimpin persis ratu balqis.
si dia yang kata-katanya memukau dan banyak berkorban demi islam seperti mus'ab bin umair.
si dia yang tegas dalam kelembutan persis abu bakar as-siddique.
si dia yang very informative persis khabbab bin munzir.

siti hajar. abu ubaidah al-jarrah. ali bin abi talib. imam syafie. ibn umar abdul aziz. abdurrahman bin auf.

ramai lagi. satu nama disebut, terpancar kehebatan dan kegemilangan seorang tokoh.

lalu mereka berfikir mengambil ibrah.

"kita selalu melihat tokoh-tokoh ini sebgai orang yang hebat, jauh untuk dicapai.bagai langit dan bumi. sedangkan kalau kita berjumpa mereka, saya yakin mereka juga seperti manusia biasa. manusia biasa yang memaksimakan potensi  diri. maka, tak mustahil untuk kita jadi hebat seperti mereka."

"dalam kita beramal jamaie, bekerja dalam kumpulan, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.dan itu yang membentuk keunikan dan saling melengkapi. jangan merasakan kita lebih hebat kerana setiap orang ada kehebatan dan kelemahan. yang penting kita fokus pada kelebihan dan saling top-up2 sesama kita."

"kita selalu mengagung-agungkan tokoh barat. Donald Trump. Stephen Covey dan ramai lagi. sedang tersingkap dalam sejarah tokoh-tokoh islam yang ulung dan jauh lagi hebat dari nama-nama tokoh barat. kurangnya ilmu kita tentang mereka menyebabkan kita lebih bangga dengan barat dan lebih suka meng"quote" kata-kata mereka.so, jom kenali tokoh islam kita.dan jangan takut untuk kita sendiri maju ke hadapan. jangan matikan bakat dan kelebihan yang Allah berikan kepada kita."

"ramai manusia sedar dan redha dengan kelemahan diri. tetapi sangat sukar menerima diri punyai kelebihan dan potensi. admit it and expand it. kerana atas setiap kelebihan yang Allah bagi, akan ditanya kelak, apa yang telah kita gunakan. kita maksimakan tak nikmat tersebut?"

the superheroes.
kalaulah berpeluang jumpa dengan "superheroes islam" mesti perasaannya sangat tak tergambar.
sobs33..  ingin sekali berada di situ.
p/s:
rasanya dah banyak kali sangat jadi AJK games, pastu tak dapat main. ='(
haha~ tapi seronok tengok orang bahagia bermain. =D

erm, rasa-rasa siapa tokoh yang ciri-ciri saya persis dia ek? don't have any clue.

***********************************************************

2)

Fasa Pertama pilihanraya Presiden

Calon FJP (Dr Muhammad Mursi) berada di kedudukan pertama dan diikuti Ahmad Syafiq. Kedua-dua calon ini akan memasuki Fasa Kedua Pilihanraya Presiden Mesir pada bulan Jun ini.

Jumlah undian :

Dr Muhammad Mursi :
5, 693, 982 (Dalam Negara)
107,924 (Luar Negara)

Ahmad Syafiq :
5, 490, 943 (Dalam Negara)
24, 542 (Luar Negara)

Dr Abdul Mun'im Abul Futuh dan Dr Hazim Solah Abu Ismail (bekas calon presiden yang telah digugurkan) telah pun mengeluarkan kenyataan sokongan mereka terhadap Dr Muhammad Mursi di fasa kedua ini.

#Semoga Allah mengatur yang terbaik!
Ayuh tembakkan doa-doa kalian!


random~

impikanlah!

1)  pernah dengar kisah rasulullah s.a.w dan suraqah bin malik?
bagaimana baginda yang ketika itu berstatus " PELARIAN " berjanji untuk menyerahkan gelang milik raja parsi (antara 2 kuasa terbesar ketika itu ) kepada suraqah bin malik?

2) kisah perang khandak? bagaimana kejatuhan rom dan parsi itu jelas di mata baginda sedangkan mereka sedang dalam situasi getir menghadapi "pakatan masyarakat arab" yang bersungguh ingin menjatuhkan islam?

3) kisah popular tentang saidina umar r.a. mengimpikan rijal-rijal yang menjadi aset buat ummah?

4) bukankah jika berdoa meminta syurga, kita diseru memohon syurga tertinggi?

jadi apa yang membuatkan kita takut untuk berharap?
takut untuk mengimpikan sesuatu? takut untuk berusaha ke arah sesuatu yang kita impikan?
ketakutan manusia kebiasaannya membunuh kapasiti dan kapabiliti dirinya.
dia gagal sebelum cuba melangkah.dan dia takkan pernah tahu, sejauh mana dia mampu ke hadapan.


tawakal.

1) pernah dengar tawakalnya nabi ibrahim a.s ketika meninggalkan siti hajar dan ismail di padang pasir tandus, yang malamnya gelap-gelita, siangnya panas membara?

2) bagaimana tawakalnya siti hajar menjaga dan mendidik nabi ismail seorang diri di tengah keterikan padang pasir.

3) bagaimana tawakalnya nabi ismail apabila pisau diletakkan di lehernya oleh ayahanda tercinta yang dahulunya meninggalkan beliau dan si ibu.

4) tawakalnya ibu nabi musa .a.s menghanyutkan si bayi kecil ke dalam sungai, yang kemungkinan matinya si bayi lebih tinggi dari kemungkinan untuk terus hidup.

siapakah lagi yang lebih layak dan lebih patut untuk kita jadikan wakil, letakkan sepenuh kepercayaan, menajdi "attorney" kita, selain DIA, yang menggelarkan diri-NYA, Al-Wakeel dan Al-Wali.

kalau hidupmu kerana Allah, ikhlas, maka tiada dunia tidak akan membuatkan dirimu TERLALU gembira atau TERLALU sedih.

- jangan biarkan masa kelammu dahulu menghitamkan masa depanmu-
- jahiliyyahmu merupakan sebab kukuh, mengapa kau perlu berusaha lebih untuk menjadi lebih baik berbanding orang lain -
- gelap itu mengajarmu menghargai cahaya yang gilang-gemilang. maka pilihlah untuk terus hidup di dalam cahaya. biarlah kegelapan itu ditelan waktu.-


-random-

terasa lelah menempuh jalanan beronak duri,
terkadang sesat tanpa haluan,

sehingga punca hilang di mata,
kuturutkan jua hati yang buta.

kupasarahkan padaMU tuhan ,
segala yang kan berlaku,
kerana engkaulah penentu segala,

menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah.

kau pimpinlah langkahku Tuhan,
agar tidak kukesesatan
dari jalan syurga-MU yang ku idamkan......

bebas~
apa yang mengongkong sebenarnya?
apa yang sebenarnya memenjara?
kenapa saya bahagia melihat burung terbang bebas di langit?
buih-buih yang terbang melayang?
air sungai yang mengalir deras?

lately terlalu banyak bercerita remeh-temeh tentang perihal diri~
not good. 

of Obs & Gynae.


ada 3 post yang bermain-main dalam kepala.

1-c***i
2-meet the robinsons.
3-of Perempuan dan Bersalin.

but let me curhat about my OnG round 1st.

OnG ni antara round kegemaran saya.
sangat-sangat suka.
pergi sekolah disambut dengan senyuman makcik-makcik.
teguran mesra dari kakak-kakak

"shamilah, jom makan dengan aku!" =)
"shamilah, ko belajar betul - betul tak? kau cuti buat apa? kau kena belajar betul-betul tau!"
"shamilah, hari-hari aku tengok bila student lalu, aku tengok itu kau ke orang lain."
"shamilah, bila aku bersalin, aku nak namakan anak ni sempena kau."
"shamilah, meh sini aku nak borak dengan kau"

-walaupun dengan jahatnya, kadang-kadang berlalu pergi tanpa pandang sesiapa or balas teguran..haishh..tapi dorang sungguh baik dan tak henti-henti menyapa.-

( jangan tertipu, saya bukan seorang yang baik, tapi mereka memang sangat peramah, murah dengan senyuman, lembut hati dan bermulut manis)

bila ambil history pula, dorang sangat peramah. of coursela, awal-awal tuh muka tegang, penat dan sakit, tapi bila dah start senyum n borak-borak, dorang akan jadi sangat-sangat mesra. sampai tak reti nak stop dah.

malah ada makcik yang 2x bagi saya air kotak . katanya dia diabetes. lalu saya ambil dan minum dengan gumbiranya. =D
mereka anggap saya macam anak mereka, or adik perempuan mereka.
(atau saya yang perasan lebih.huhu~)

*******************************

exam, haha... Alhamdulillah a'laa kulli hal.

oral,


"akak complaint apa, "

"musha****m*mam murtafi3 wa...*** taht..." (macam tuh la bunyi dia)

haaa? apa akak? 

sekali lagi,masih tak faham...

"ra's fouq ya'ni? (kepala dia kat atas ke akak?)

"haaa..ye2.."

gabra dah.apa akak ni cakap.. mana ada blaja benda ni...tetibe Dr sergah...

"awak nak dia cakap apa lagi. dah itu complain dia. awak ingat dia boleh cakap english ke?"

"no Dr, i can't understand her complaint. could you please translate it"

"that's her complaint.what else do you want?don't you know arabic???"

pedas kot....
diam....
sambung jerla ambil..sambil kena tegur-tegur dengan Dr.

*********************************

"ok, time's up.tell me what you have."

"The patient is in her 8th month pregnancy coming for her routine ANC and she is anemic."

" this is a tertiary, specialized hospital. do you think she'll be here just for her Ante Natal Care????"

"errrr..(ah sudahh)..she's having a breech baby. the head of the foetus is up.

"up??up where?"

(up wheree???maksudnya???)

Dr bercakap pada patient, "apa yang kau bagitau dia. kau cakap kepala baby kat atas ke?

ha'ah.balas patient dengan muka cuak.

"THE HEAD IS UP AND THE PLACENTA IS BELOW. WHAT DO WE CALL THAT?!! "

"placenta previa"

Dr bertanya kepada HO di sebelahnya,
bila dorang exam final?

"lagi sebulan"

kira ini kali terakhir dorang datang sini? ni peluang akhir dorang jumpa patient?bla bla bla
(otak dah takle nak concentrate)

Dr HO diam...muka bersalah dan ketakutan.

"ok, you can get up and go now"

"go?"

"yes, you can go."

"thank you Dr"

******************************

~huhu~
dalam hati macam....
she is not complaining of any per vaginal bleeding, how should i know she's PP.
yeah, i admit my arabic is not like a pro, 
but... this is an OnG end-round exams, not a test for my arabic lesson.
why can't the Dr just translate it for me and.....
grrr...

=D
tak pasal-pasal ita jadi mangsa saya membebel.haha~

lawak jer.. kepala bermatian-matian cari reasons to defend myself 
but deep down, i know it won't solve anything.
put the blame on others and you won't achieve anything in your life.

*****************************

i guess i've to struggle more and score my final.
surely i'm not expecting good result from my oral exam.

^.^

**************************

a'laa kulli hal, i love this round very much!!
n Alhamdulillah, thank you Allah for everything!


Nota kaki.

1)Breech = songsang. 
sepatutnya ketika bersalin kepala baby akan berada di bawah, tetapi dalam breech presentation, kepala baby di atas.




2) placenta previa.
uri berada di kedudukan bawah dalam rahim. 
menutup laluan untuk baby keluar ketika proses bersalin.
boleh menyebabkan pendarahan teruk sehingga kematian.

3) bila lihat akak-akak yang bersalin ni, rasa macam dorang ni blessed.
macam aimi J quote Dr Har tentang kelebihan perempuan ada rahim.
macam Yusuf ester cakap the ability to get pregnant is a privilege given by Allah to women.
and that is the biggest different between man and woman.
malah, subhanallah, perempuan yang meninggal dunia ketika bersalin boleh dapat title "syahid" kott..
subhanallah. ^.^

4) yeay! kita balik mesia nanti kita ada 13 orang budak untuk dibuli!! 
atau menjadi mangsa bulian mereka. -.-"

5) kak intan, semoga selamat semuanya. hati-hati mengandungkan your 2nd baby.auni nak dapat adik! ^.^

6) tariq, happy besday! i wish dat i can be a sweeter, nicer "makcik" macam fathin nasihaa yang masak special menjelang besday anak buahnya. unfortunately, i'm not that sweet.

7) su, happy besday sis! may Allah bless you always. seronoknya tengok gambar dorang prank awak...anak sapa la yang nakal ni. =D


kakak riang!


"satu benda yang kitorang belajar bila datang sini,
ada kitorang atau tiada, semua benda jalan seperti biasa.
dakwah akan jalan seperti biasa, daurah akan jalan seperti biasa.
kita yang gabra, takut macam-macam, tapi sebenarnya dakwah tu akan berjalan je.
so, kita memang takde apa-apa pun. jangan pernah rasa kita hebat dan dakwah akan pincang tanpa kita.
bukan dakwah yang rugi tanpa kita, tapi kita yang hidup serabut tanpa dakwah."

ZASSS!!

 "3rd year akak tak pegang usrah. merata la akak pergi untuk cari usrah. akak menyibuk sana-sini.
akak gi tempat lain, negara lain, akak gi try cari kat jerman. last-last paskan kat orang lain jaga. semua akak try. tapi tak dapat juga."

"then, tahun 4 akak kena bawa 2 usrah. takut jugak sebab dah setahun tak bawa usrah, tapi jalan je."

ZASSS lagi sekali !!!

" helikopter kita kecil, kita tak nampak skop besar yang mereka lihat. merak pernah terbang lagi tinggi. tsiqah. semua hadaf dan matlamatnya sama."

sampai bila nak turut tarikan al-hawa?


9 bulan


"akak datang sini kenapa?"

"pendarahan. yang ni yang ke-9. sebelum ni dah 8 kali."

terdiam.

"sebelum ni 8 orang, semua pergi jumpa tuhan mereka. akak tak sempat tengok pon lagi. dorang gugur masa bulan ke 8, ke-9."

senyap...........

T.T

akak senyum je.

Subhanallah.kuatnya semangat akak ni.

semoga anak yang ke-9 dikandungkan ini berjaya menjadi anak pertama dilahirkan dengan sihat dan menjadi anak soleh/ah saham akhirat kelak.

*i love the grasp reflex in baby* ^.^

It's raining ^.^


1) Air hujan sifatnya menyucikan.
membersihkan debu-debu, sisa-sisa kotoran dan toksik yang melata di atas bumi.
menghidupkan bumi, agar tumbuhan sentiasa segar dengan bekalan air.



lalu air itu menjadi kotor semula. apabila dia sudah menjalankan tugasnya membersihkan kotoran di bumi.

kemudian, air itu akan tersejat. naik semula ke langit. dan kembali menjadi air hujan yang membersihkan dan menyucikan bumi.


Qiamullail seperti air hujan tersebut. yang membersihkan, memberi kekuatan dan menyucikan jiwa-jiwa manusia.

di siang hari manusia keletihan dengan pelbagai kerja-kerja dan kerosakan-kerosakan dalam masyarakat. jika tidak dibersihkan, semakin hari akan semakin menyesakkan jiwa manusia.

maka Allah jadikan qiam, untuk menguatkan dan membersihkan semula.
dan qiam itulah antara kecintaan rasulullah s.a.w. =)



-petik dari tafsir al-insyirah by bro nouman ali khan.-

********************************





enjoy the rain, cause one day, it will end.
only then, you realize how much you love it.
= )

time machine


"pair dengan partner masing-masing.
sekarang, semua perkenalkan diri kita siapa , 10 tahun yang lepas."

=)

"darjah 4 la kita time tuh!"

"nama kita....kita tinggal dekat....cita-cita kita....."

****************************************

"ok, dah! rasa-rasa kan, 10 tahun lepas, kita terfikir tak kita akan berada di tempat yang kita berada sekarang?"

TAKKKK!! serentak semua menjawab.

****************************************

ok, sekarang, perkenalkan diri kat kawan kita, siapa kita hari ini. dan apa yang kita dah achieve semenjak 10 tahun yang lepas.

"kita dapat SPM.....tapi tak capai target.....tapi Alhamdulillah.."

****************************************

"sekarang, semua ambil masa3 minit. kemudian perkenal diri, siapa kita 10 tahun akan datang.
pensil dan buku dibenarkan untuk mencatit."

"ala akak, susahnya..."

=)

maka semua berfikir. suara semakin perlahan. berbisik-bisik. tudung dijadikan penghadang antara satu pasangan dengan pasangan yang lain. haha~ rahsia sungguh.

**************************************

kita hanya merancang tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.
= kita PERLU merancang dan berusaha, sebelum meletakkan setinggi-tinggi tawakal pada Allah.

mumtaz bukan matlamat akhir, malah dia hanya STEP-STEP yang perlu diambil atau di lepasi, sehingga tiba ke matlamat kita.

orang yang hidup tanpa matlamat, dia akan buat kerja semberono. sedangkan orang bermatlamat, matlamatnya memerlukan persediaan dari awal.

ada orang memang dalam mindset nya nak buka pusat penjagaan ibu mengandung sehingga bayi itu membesar menjadi kanak-kanak.

ada orang hendak membina markas bahasa dan markas i'dad murabbi.

ada orang hendak " change the system " supaya mengikut hukum Allah.

ada orang hendak mengetengahkan masalah-masalah yang berlarutan tetapi diabaikan dunia.

ada orang hendak merekruit dan menggunakan potensi anak-anak yatim yang kadang terbiar.

=) apa aim kita?

***********************************

lagi 1, sekarang bayangkan, apa bekal yang kita nak bawa jumpa Allah. bayangkan siapa kita depan Allah.

kalau umar r.a datang bawa jajahan takluk dan manusia yang dididiknya.

kalau al-fateh datang bawa constantinople dan tenteranya yang beriman.

kalau khansa datang bersama anak-anaknya yang syahid di jalan Allah.

kalau nusaibah dan khaulah datang bersama luka-luka peperangannya.

kalau khadijah datang bersama semua hartanya, tenaganya, fikirannya yang diinfaqkan ke jalan Allah.

maka kita nak bawa apa?

semua ada kapasiti dan kapabiliti masing-masing. maka carilah dan maksimakan.

we don't want you to be someone else, we just want you to be the best of you.

**********************************

tak salah perempuan ada cita-cita, dan kejar cita-cita.

tak salah perempuan hidup berdikari.

tak salah untuk buat pilihan, hidup bagaimana yang dia mahukan.

kerana jalan menuju Allah itu pelbagai..

*********************************

wal-asr + hadith 12.

the ice is melting.
maka tinggalkan perkara yang tidak berfaedah.

i know. cakap senang, buat susah.
n these advises i dedicated to myself 1st before others.

Pesan Abah


1- Anisah ada borak benda-benda intelektual tak dengan pipah?
( = lain kali kalau borak-borak dengan afifah, sila borak benda yang intelektual , bukan sekadar emosi.)

2- isteri dalam sesetengah aspek boleh membantu, tetapi kadang-kadang dia yang jadi beban.
( = pastikan tak jadi beban, malah jadi driving factor untuk suami maju ke hadapan.)

3- dalam kondisi bleeding sekarang, bertahan dengan saving yang ada. abah kan cermat dulu.
( = jangan boros, cermat guna duit. kena pandai uruskan kewangan. T.T )

4-dekat abassiyah ada rusuhan lagi ke? abah tengok al-jazeera pagi tadi 4 orang mati.
( = sila ambil tahu isu semasa, jangan jadi katak dalam gelas kaca.banyakkan baca berita dan buku ilmiah)

5- anisah untung duduk oversea, banyak exposure. budak-budak mesir intelek tinggi tak? mereka banyak membaca tak? standard intelek mesir tinggi, tapi banyak je "garbage".
( = anisah jangan suka sangat duduk dalam kelompok sendiri dan comfort zone. sila banyakkan membaca banyak benda.dan bergaul dengan ramai orang.)

6- abah rasa Pembangkang belum lagi akan menang kali ni.

7- Bersih 3.0, jumlah india yang datang berkurang.mereka dah dapat apa mereka nak, so apa guna sokong lagi. ****** kelebihan india, walaupun mereka sedikit tapi mereka suka bising.
cina semakin menjauhkan diri dari.....

8- kena usaha teruk sikit dalam era pemuda yang baru nak bangunkan diri. abah dah orang tua, nama tak dipandang dalam profesion abah. kita perlukan orang baru.