19-23

Pernah satu ketika saya merasai betapa manisnya perasaan itu.

betapa berharganya kefahaman itu,

betapa bercahayanya hidup itu.


jika satu perkataan boleh merubah, apatah lagi beribu-ribu ayat


jika satu tamparan boleh melumpuhkan, apatah lagi berjuta hentakan.


jika sebuah pelukan boleh merubah, apatah lagi berbilion dakapan penuh kasih- sayang.


hidup bukan lagi seperti dahulu.

mungkin orangnya sama, tapi hidupnya berbeza.

mungkin luarannya begitu sahaja, namun dalamannya bukan pengetahuan sesiapa.


senyum, air mata menitik.

sayu, syahdu, syukur.


ya Allah, ilhamkan aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.

ya Allah, jangan kau hilangkan perasaan ini dari diriku.


beberapa ketika........

semakin lama.......

semakin menyepi.....terdiam....terjatuh....terlumpuh...


hilang ke mana perasaan itu?

ghaib ke mana kefahaman itu?


T.T


melarut, menghanyut, menyepi...


lalai, leka, lupa.


tahukah kamu, jika sesuatu itu berharga, kau akan mengejarnya tak kira sesusah mana.

kau akan mencarinya tak kesah selama mana,

kau akan menjaganya tak kira berhabis tenaga.


persoalannya, benarkah ia kesayanganmu.?

atau kau hanya bermain-main dengan waktu?


19-jan = NEKAD.


Allah, jangan Kau tarik nikmat yang Kau kurniakan pada kami.

jangan buat kali ke2.

jangan buat kali ke3.


Allah, jika ia baik bagiku, hidupku, agamaku, kesudahan urusanku, dunia dan akhirat.maka permudahkan.


jika ia buruk bagi ku, hidupku, agamaku, kesudahan urusanku, dunia dan akhirat,maka jauhkanlah.


Allahussomad.


Published with Blogger-droid v2.0.1