asing

detik demi detik.

perubahan demi perubahan.

setapak demi setapak.

selangkah demi selangkah.



sehingga bila kau toleh semula, 

bayangan itu rupanya sudah samar-samar,

sayup-sayup hilang dari pandangan.


kau jelas masih ingat.

peribadi itu.


cuma kau tak mampu rasa,
sebagaimana dia rasa.

dan kau kini sukar memahami,
seperti apa penghayatannya.


peritnya mengakui.

namun hakikatnya begitu,

dia sudah asing.



dia...

dirimu yang dahulu.

learning.....

3rd day of Ramadhan.

it has been a very long time since i scribble down random thoughts here.
not that i don't want to, but everytime i do, i ended up deleting everything.
and even now, i'm having my 2nd thought to continue writing.

-------------------------------------------------------------------------

i like being a houseman.
i really do.
( not the workload, of course )

walaupun terpaksa membazir air mata bergelen-gelen, the nonsense referrals you have to make, the endless sarcastic words, the " bila la aku nak pandai" feelings, " the moga-moga aku tak harm the patient" feelings, the never ending works that you have to curi-curi masa untuk solat,  there just something in this profession that's unique.

of course, not everyday is a sunny day.
but hey, this is not heaven. you are still living on the earth.

hmm...kenapa suka jadi houseman?

1- it taught me on how to understand humanbeing, with all the limits and imperfections.
The patients, my colleagues, the HOs, the MOs, the big bosses specialists and consultants. I am able to observe people behaviours, personalities, how we cope with difficult times, mistakes ( ours or others ) , how selfish someone can be, how nonsense some people are and how we react to critism, and injustice.

and how AS-SOBUR Allah is...
betapa MAHA PENYABARnya Allah. melayan karenah these tiny- worthless human being that act like he/she is the God.

dan betapa kita, lebih gemar melihat ketidakadilan yang orang lain lakukan kepada kita, daripada memuhasabah ketidakadilan kita kepada orang lain.

for example :
satu hari, one of my patient had a potassium correction the night before my shift. meaning : potassium dalam badannya sangat rendah, dan kami beri jumlah potassium yang banyak dalam masa yang singkat supaya ia kembali normal. potassium yang rendah sangat merbahaya kerana boleh terjadinya cardiac event , masalah pada jantung, yang boleh membawa kematian. nak dijadikan cerita, orang yang menjaga pesakit itu semalam tidak melihat semula level potassium pakcik itu setelah correction dilakukan. dan disebabkan itu, i've been scolded BIG TIME because i'm the one yang review dan akan jaga pakcik tersebut pagi itu and saya tak sempat nak gi lab tengok level potassium pakcik tu.

apa saya fikir pada saat pertama ketika itu
1- eeeee, siapa yang jaga patient ni semalam! kenapa tak tengok!
2- menggelabah ar specialist ni, takkan sebab tu pon nak marah2. ingat orang saja2 ke tak nak pergi trace.mana sempat kotttt pagi-pagi macam ni! jap lagi orang pergi la! pt ok je kottt.
3- stupidla..apsal MO tak cakap pape pun masa round pagi tadi! baik aku tak payah round dengan MO! same je round ke tak round. dah kenapa aku sorang kena marah.

dan apa yang saya "terlupa" nak fikir.
1- salah aku juga ni, aku patut tengok betul-betul . this is my patient, i'm the one who should taking care of him.
2- Alhamdulillah nothing bad happened to this uncle.

dan itu mengajar aku, not to really trust others about something that you're responsible with. it's a good thing when you missed something, your MOs remind you about it. but they are also humanbeing, that can make mistakes pretty much like you.

---------------------------------------------

unbelievable request.

nak tahu? sometimes HOs can pray for unbelievable things.

setiap houseman ada logbook, dan logbook itu perlu dipenuhkan untuk seseorang keluar dari department tersebut. wajib melakukan atau memerhati procedure yang ada.

dan kekadang, mereka terrrrrrrrdoa , semoga ada orang masuk operation (cth : kena appendicitis ) hari ini, supaya aku boleh penuhkan logbook aku. & the list is scary.

opsss.
tapi selalu kita doa patient sihat la supaya tak banyak kerja.
-----------------------------------------------

life & death

a few days ago, my MO shared with me. dia sangat devastated sebab patient dengue nya meninggal.
sedangkan dia sedaya upaya non-stop working that day untuk ikhtiar selamatnya pesakit- pesakitnya. pesakit yang meninggal tuh umurnya 27 tahun, seorang polis muda. dijangkiti demam dengue yang teruk sehingga menyebabkannya meninggal dunia, dalam masa 2-3 hari. sedangkan dia mampu bergelak ketawa waktu pertama dia ke hospital.

kematian pesakit ini mengganggu emosi MO saya beberapa hari. devastated sehingga saya perlu memberi kata semangat padanya, mendoakan ketenangan bagi dia. dia sangat sedih kerana dia tidak tidur langsung pada hari oncallnya untuk menjaga pesakit-pesakitnya, namun tetap pesakitnya mati. sampai dia fikir nak quit medical, tukar department.

ia benar-benar mengajar saya. betapa manusia itu punya batas. ajal itu takdir Allah. sepertimana perjalanan hidup kita semua telah ditulis Allah sejak kita belum lahir lagi. pena telah diangkat dan dakwat telah kering.

kita hanya boleh berusaha, namun pengakhirannya milik Allah.

knowing the concept is easy,
understanding it need time,
living with it need practice.
& the practice is painful, most of the time.

-----------------------------------------------------------


Contengan


Last few weeks was like......
Rasa macam nak peluk someone tightly and cry all day /week long..

Pagi-pagi rasa macam,
Aku kena kerja ke harini.
Nak nangis tapi tak dapat. Not this time. Air mata dah jadi mahal balik.

Why am i here..
Should i continue or should i just quit...
Do i really really really wanna do this job.
all the negative feelings just ambush bertubi-tubi.
Tanpa belas.

Aku rasa semua perasaan ni jadi overwhelmed lepas aku tak pass assessment.. Dan perlu reassess semula.

N i was kinda surprise, how dumb i am after spending so much time studying & working.

N i was like.... I'm failing in every single part of my life. My family, my job, my studies, my tarbiyah. Waaaaaaaaaa!!!!!

----------------------------

Hari ini,
Usrah-day. Seriously aku memang malas nak pergi. I need to rest on my precious offday.
Haha. Since when sleep become so important, i can't remember. N it was like, a month ago kot pergi usrah. Asyik clash dengan jadual kerja. Makin lama tak pergi, makin malas lah kan nak pergi.

With the hati yang sungguh berat, aku gerak juga untuk usrah. Walaupun dah lambat.

N i was amazed. Allah masih sayangkan aku. Allah masih nak gerakkan hati aku.

kami berkongsi ayat surah fussilat, ayat 30-42 (one of my fav )

Kawanku bercerita.,

Dia suka kejadian siang dan malam. Setiap hari membuka lembaran yang baru. Untuk meneruskan hidup. Dan dia , dan aku, kini, seperti sudah menyembah pertukaran siang dan malam. Setiap hari hanya menyediakan to-do-list, dan hidup bekerja untuk itu. menjadi hamba kepada kehidupan, sedangkan kita sebenarnya hamba kepada Pemberi Hidup.

Dia terus bercerita, kebergantungan pada Allah, dan meminta dari Allah, adalah petanda kita hamba. Menunjukkan kita lemah dan perlu pada Dia. Sedang Dia, betapa banyak makhluk yang tidak putus-putus sentiasa berzikir dengan patuh pada Dia tanpa perlu dikira manusia yang sering durhaka. Dia tak pernah memerlukan kita. Kita yang terhegeh-hegeh pada redha Dia.

Dia bercerita lagi. Kita manusia, minta macam-macam dari Allah. Macam-macam. Dan kita memberontak apabila merasakan kita berhak, tetapi tidak dapat benda tersebut. Wow. How angkuh we can be. Sedangkan tugas kita di dunia hanya untuk menyembah dan mencari redha Dia. Nak minta-minta itu ini, itu cerita dalam syurga. Tak payah angkuh sangat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Tak perlu pertikai aturan Allah, cuba belajar redha, sabar dan cari hikmah serta makna sebalik aturan hidup.

Kawanku bercerita lagi. Kali ini bercerita tentang hadith kegemaranku, hadith 19. Dia pecahkan hadith itu pada 3.

1- Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

2- Jika mahu meminta, maka pintalah dari Allah.

3- qadha' & qadar adalah urusan dan aturan Allah.

gandingan Tadabbur surah fussilat & hadith 19 adalah sangat superb.

Tertampar berkali-kali, terpujuk juga berkali-kali.

Ya Allah, bukankah hidupku ini telah Kau aturkan sejak dahulu. Dan bukankah Kau paling tahu apa yang terbaik untukku? Kalau seluruh dunia bergabung untuk memberi kebaikan, they can't do it unless they have your permission to do so, vice versa.

Biadapnya aku, angkuhnya aku apabila membentak terhadap aturan Kau padaku. Yes. Aku usaha dan aku doa. Angkuhnya aku apabila merasakan aku berhak berjaya apabila berusaha. Aku berhak mendapatkan apa yang aku mahu.

Angkuhnya. Takabburnya.

Sedangkan aku hanya hamba. Dan Kau pencipta.

Sungguh aku malu. Meminta itu dan ini. Memberontak apabila keinginanku tidak kesampaian.

Sedangkan,
Aku lalai dalam menjaga hak Mu.

Aku merasakan berhak untuk berjaya, atas usahaku, bukan Rahmat dan pemberianMu,

Dan aku lupa. Sungguh aku lupa. Aku hanya hamba, yang sebenarnya hidup dan mati hanya untuk capai redhaMu.

And sungguh cantik bila Allah pujuk dalam surah fussilat. Bahawa Dia mampu menghidupkan semula apa-apa yang telah mati. Terima kasih Allah. Sungguh, indah hidup bertuhan.

So......

Dear anisah shamilah.
Have faith in Him.
Ihfazillah, yahfazuka.

Jagalah Allah, dan Allah akan menjagamu.

Stop worrying so much. Just dream, hope, work, pray and have faith.

Dia sebaik-baik pelindung.
Dia sebaik-baik penjaga.
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali.

“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).

“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”.



Posted via DraftCraft app

Permulaan

Permulaan sebuah perjalanan yang baru.

Medical Dept.
Hospital Kajang.

Dept paling heaven di kajang, as MO and specialist hampir kesemuanya baik-baik.
and of course, senior HO yang super duper cool.

Rintangannya?
Being the dumbest person in the ward.
And walking around, knowing nothing. Zero.

Perjalanan baru,
Maka masa untuk adaptasi diperlukan.

1-Apa peranan seorang Housemen?
Clerk cases? Present the important stuff ?
Prepare the investigations asked and carry out the plan given?
Endorse the medications, come out with a plan for simple cases.

2- Kenal siapa tuan rumah, siapa kawan.
Introduce yourself to all, especially Sisters, Specialist, MOs, HOs and Staffnurses.
Sometimes, bukan kita berlagak or nak menyombong diri, tapi sebab inferiority complex, rasa "do i belong here?" Yang membuatkan kita mendiamkan diri. Duduk tepi, diam. Tercegat macam orang kurang akal.

Tapi kena lawanlah perasaan tuh. Just be yourself and speak out. Lawan rasa rendah diri tuh. I'm here to learn. So anak murid kena cari guru, jangan tunggu cikgu approach. Sangat mudah kalau ada orang sudi tunjukkan dan ajar. Doakan mereka yang banyaaaaaaaak membantu.

3- Tanya, tanya, dan teruskan bertanya.
How foolish that questions may seem.

"Akak, camne nak ambil darah?"
" errm, boleh tunjuk cara masuk CBD? Barang-barang nak cari kat mana?"
"Labform nak isi macam mana? Bila Patient nak discharge, apa kena buat? Surat mana kena isi? Camne nak isi discharge summary? Siapa yang boleh sign MC?"
" borang U/S, borang echo? Borang jebatan kebajikan masyarakat?"
" refer dietitian? Refer physio?"
"Kak, apa beza bagi NPO 3L/min, venturi mask, high flow mask? Macammana kita nak tapered down? Tengok SpO2 je ke? Kena ambil ABG ke?"
"Branula memang boleh masuk mana2 vein ke?"
" macammana nak trace result kat lab?"
" apsal kita kena ambil Renal Profile? Liver fx test? Memang kena ulang hari-hari ke?"
" ranitidine bape dosage? Maxolon bagi OD ke BD ke? Augmentin bagi IV ke Tab? Syrup MMT? Syr lactulose? Kalau diarhea nak bagi apa? Dia ada pain, boleh bagi tramadol ke?"
" anemia workout tu apa? Septic workout ? Tb workout? Hematinic tuh apa? Kalimate guna untuk apa? Fast correct Potassium nak buat camne? Untuk siapa je kita kena buat?"
" ecg ni kenapa? Haziness kat Lower zone ke cxray ni?"
" ubat ni kita nak bagi berapa lama? Creatinine clearance nak kira macam mana?"
"Resp failure type 1 ke 2? Killips? Curb 65 ? NYHA score ? Child-pough? Gcs?"
"ROF ? LOA? LOC ? SNT ? AEBA? RTF? RBS ? FBL ? GTC ?"
" kenapa potassium de rendah? HCO2 de tinggi? Kenapa Platelate de low gila?"
"Pass over? CME? Family day? "
" Referral letter? Kena refer serdang? "
"Renal pouch +ve? access CNS fx de? "

Dan bila MOs or specialists tanya,
"Pakcik ni dah buat echo?"
" dan ada ct scan?"
"Kenapa kita cover dia dengan abx? Dah berapa hari?"
" apa diagnosis dia? Kenapa awak buat impression penyakit dia camni.

haaaa? Terbodoh dan terdiam.

Dalam hati, betul ke aku jaga patients ni. Apsal macam satu apa pon aku tak tahu? Am i a robot, just doing things without really understand why did they decide the plan like that?

And the list continues.......
Setiap hari adalah peluang belajar benda baru.
Menarik tapi serious tiring. Especially when terblur / terbodoh / terdiam depan bosses.

Kena marah pt, pernah rasa.
Kena perli dengan specialist, nangis depan patient? Done that already.

Tapi serious, bila ada geng yang best n understanding, semua jadi seronok.
Saling tolong bila dah settle kerja. Teamwork. Tolong trace results sekali, hantar blood to lab untuk satu wad, pasangkan branula pt HO lain. Buatkan discharge summary. Belanja makan. Nap sesama masa on call.

Fun. ^.^

Ada turun naiknya.
Ada best dan tak bestnya.
Hidup kan, tak seronok kalau statik.

Just enjoy your life.
It's a blessing from Allah.

Btw, 2 nikmat yang selalu dilupakan,
1- kesihatan.
2-masa lapang.

Dalam wad, secara kasarnya ada 2 group.
1-pesakit yang punya baaaaaaaanyaaaaaak masa lapang,
2- Dan Doctors yang punya kesihatan yang baik.

So, boleh mengeluh atas nikmat yang ditarik,
Atau bersyukur dengan nikmat yang masih ada.

Moga dengan kesyukuran, bertambah keberkatan.

Posted via DraftCraft app

Alam

"Jom, duduk-duduk tepi tasik dulu before buka. Tangkap gambar kat tepi masjid ni mesti cantik," ujar farah.

Ini kali terakhir aku keluar bersama mereka sebelum masing-masing balik ke kampung halaman. Cuti raya.

" JOM ! "

"Tenangnya tasikkkk......."

" cepat ambil gambar. "

"Ehhh..ada kucing....1st time saya nampak kucing dekat putrajaya."

Bermacam-macam dialog. Semuanya teruja berjalan bersama.

"Ok, sekarang akak bagi masa semua jalan-jalan. Tadabbur alam. Malam nanti akak tanya, atleast sorang kena ada 2 point," selamba aku memberi arahan.

Kulihat langit cerah, dihiasi awan. Matahari hampir menyembunyikan dirinya. Langit bagai kanvas, dilukis pelbagai warna yang indah. Air tasik itu sungguh menenangkan.

Damai.

Kupejam mata , menghayati keindahan alam anugerah Tuhan.

Matahari itu, timbul dan tenggelam tepat mengikut aturan-Nya.

Diselangi dengan bulan dan bintang yang kelihatan sungguh berdisiplin mencorak langit-Nya.

Pokok itu, tersusun rapi. Diatur kehidupannya sangat cantik. Ada masa sang bunganya kuncup, terpelihara, belum masa menyerlahkan serinya.

Dan di tempat lain, sang bunga mekar dengan jayanya, menarik perhatian sang pengunjung taman, dengan warna , rupa dan keharumannya.

Burung yang terbang itu, sayapnya dikoordinasi tepat, membenarkannya terbang tinggi, bagaikan tiada penghalang di ruangan udara.

Semuanya disusun rapi Allah. Semuanya dijaga Allah dengan penuh teliti. Tanpa pernah gagal.

Dan jika Allah boleh mengatur semuanya tepat, terperinci, dari sekecil pusingan elektron mengelilingi proton dalam satu atom, sehingga pusingan planet mengelilingi sang suria, mengapa aku perlu berasa takdir Allah itu salah. Bagaimana aku boleh merasa Allah tersilap mengatur perjalanan hidupku?

Mana mungkin aku mampu merasa kecewa dan marah dengan apa pun aturan-Nya?

Robbana maa kholaqta haaza bathila, subhanaka fakina azaabannaaar...

Allah, jangan Kau tinggalkan aku mengatur kehidupan sendiri, walau dalam sekelip mata.