10 awal zulhijjah-edited-

ust mahmoud (cikgu Al-quran dab B.Aarab kami-syrian- sedang master di azhar) bercerita,

ust menerangkan kelebihan 10 awal zulhijjah

1. 10 malam ini lebih baik dari lailatul qadr.
(kenapa?soalku.)

  • 1) sebab, 1 malam dalam zulhijjah > 100 bulan,
  • 10 malam > 1000 bulan = lailatul qadr.

walaupun kiraan begitu, yang melihatkan 10 malam ini sama hebat dengan malam lailatul qadr,
tetapi kata ust, dan logik akal, lebih banyak amalan yang kita boleh buat dalam 10 malam. masa lebih banyak dari masa ynag ada pada 1 malam. jika satu malam boleh buat 100 rakaat, 10 malam boleh buat 500 rakaat atau lebih.

  • 2) 10 malam = lailatul qadr, tetapi keberadaan hari arafah pada 10 malam itu menjadikannya lebih agung dari lailatul qadr.

Hadith sahih yang lain riwayat Imam Muslim:
Dari Abi Qatadah r.a: Ditanyakan kepada Rasulullah mengenai puasa pada hari Arafah (sembilan Zulhijjah). Berkata Rasulullah: Akan diampunkan dosa (kecil) pada tahun yang lepas dan pada tahun yang akan datang.
(menunjukkan kemuliaan hari lailatul qadr dan betapa pengasihnya Allah memberi jaminan pengampunan dosa yang tidak disengajakan bagi tahun mendatang.)

  • 3) Ibadah seorang hamba dikala manusia lain leka (ghaflah) adalah lebih sukar dan lebih disukai Allah daripada ibadah ketika semua manusia sedang beribadah.

seperti yang kita tahu, semua orang berpusu-pusu berlumba membuat kebaikan pada hari-hari dalam bulan ramadhan. tetapi manusia tidak berapa mengambil peduli tentang awal zulhijjah. jadi mujahadah untuk beribadah dalam bulan zulhijjah ini lebih tinggi dan lebih disukai Allah.

  • 4) Allah hanya menceritakan kebaikan Lailatul qadr dalam Al-quran TETAPI ALLAH BERSUMPAH 3x tentang awal zulhijjah dan hari aidil adha.

rujuk surah al-qadr dan surah al-fajr.

Allah bersumpah dengan al-fajr ( pagi aidil adha),
Allah bersumpah lagi dengan 10 malam (malam awal zulhijjah)
dan Allah bersumpah dengan malam2 itu, malam-malam yang genap mahupun ganjil.!!

ALLAH sifatnya AL- 'AZIM, dan AL-JALAL,
Allah yang bersifat agung akan bersumpah dengan perkara-perkara yang penting dan agung.

  • 5) amalan yang tidak diceritakan fadhilatnya biasanya mempunyai fadhilat yang jauh lebih besar.

bukti? Allah seringkali menceritakan dalam Al-quran tentang fadhilat bersedekah, tetapi tidak pada berpuasa. dan seperti yang kita tahu puasa lebih tinggi nilainya daripada sedekah..

“Setiap amalan anak Adam itu baginya. Satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700 kali ganda.” Firman Allah ‘azza wa jalla: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya.........hingga akhir hadith"
(Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Darimi)

Allah menceritakan fadhilat lailatul qadr, tetapi tidak diceritakan fadhilat 10 malam terakhir.

wallahu a'lam...selamat kejar pahala!!!

makanan itu






الطعام غذاء الجسد
والعلم غذاء الروح
والعبادة ليست الغذاء ولكن هي القوة لروح والجسد والنفس

(jika tersilap ejaan, maka itu silap saya)

hidangan makanan itu makanan jasad,
ilmu itu makanan ruh
dan ibadah, ia bukan makanan tetapi kekuatan bagi ruh, jasad dan an-nafs.

(apa beza ruh dengan nafs? ust kata perbincangannya terlalu detail. ruh dari Allah tetapi an-nafs yang akan dihisab pada hari qiamah..wallahu a'lam.)

jom kejar pahala banyak!! jom kejar redha Allah!!!

4 comments:

budak satu kelas,MAS said...

terbayang ustaz yang semangat2 citer pasal 10 awal zulhijjah

jom sama2 beramal!
ingatkan saya yg selalu lupa

samela jugak said...

hehe..
milah...milah...
si budak baik~~

Anonymous said...

@ teha n nunu,

huhu~
jom same2 beramal!!!
=D

(saya takut perangai nakal + suka gaduh + suka sakat saya dtg balik bila blaja dgn ust..)

Anonymous said...

waaa, kakak puteh,jzkk2, sy dah bc entry ni kat ur other blog.hehe.
suka point number 3...tak pernah terfikir pon.

td sy kelas quran, ustaz mahmud tanya, hafazan ok ke tak?

sy cakap lah... ya'ni...

pastu ustaz cakap : hafazan quran ni mana ada ya'ni2. it's either two; 1)hafiztii aw 2)laa hafiztii

waaa, inferior2.uhuhu
aimi