
menjelang hari sabtu, rindu menerpa kembali.
maaf adik, bukan tidak mahu bermesra bersamamu,
tapi kali ini kurasakan banyak lompong-lompong di hati,
banyak masalah dalaman yg perlu akak perinci dan perbaiki.
mungkin kerna kurangnya amalan diri,
mungkin kerna hilangnya rasa rendah diri,
mugkin kerna lupa mengikhlaskan hati,
mungkin dan mungkin lagi....
kemungkinan demi kemungkinan yang menyebabkan akak tidak sanggup untuk menghadapi kesan-kesan yg mungkin terjadi.
biarlah akak undurkan diri dahulu kali ini, mohon masa perbaiki diri.
bimbang keberadaan akak hanya akan mengeruhkan keadaan yg ingin dikekalkan suci.
jika ajal lebih dahulu menjemput akak sebelum pertemuan kita yg akan dtg,
akak mohon diampunkan salah dan silap yg pernah akak lakukan.
maaf ya adik, tak berniat melukakanmu.
semoga PEMILIK HATI membenarkan kemesraan kekal terjalin antara hati-hati kita.
benar, akak merindui kalian.

1 words:
akak,sorry didn't rply ur msg last nite.tade kedit[dis isn't an excuse.btol.da abes kedit]
nnt ym eh.have something to tell u.
luv u soooo much♥♥♥
Post a Comment